Sabtu, 13 November 2010
UBUNTU Rosak lagi
Download ubuntu latest 10.10 dari laman rasminya sambil order Cd baru.Pagi ni try instaal guna usb........berjaya tapi internet tak boleh.....
Akhirnya berjaya.....rupa-rupanya kena isi maklumat kat DSL kat edit conksion
catatn sahaja
Auto eth0
00:1E:EC:11:82:23
automatic
ipv4 dhp auto (require tick)
ipv6-ignore
Jumaat, 24 September 2010
Jutawan Senyap
cita-cita nak jadi jutawan tu takdelah....tapi setakat niat mengupgradekan sikit tu ader jugak impian.Al maklumlah kerja makan gajinya....Alhamdulillah cukup...cuma utk bermewah tak dapatlah....
Dalam kepala ni ader 2 plan nak buat...pertama beli rumah dan bagi sewakan samada sewa biasa , bulanan atau harian bergantung lokasi rumah yang dapat.Lokasi yang jadi pilihan sekitar Kuala Ibai dan Gong Badak.....atau Pengadang Baru....setakat belum jumpa lagi...yang ada pulak harganya mak aiii...
Tengok .
Selasa, 22 Jun 2010
Jumaat, 28 Mei 2010
BALIK KAMPUNG
Berbeza dengan Muhammad Aqil cukup gembira tengok dan naik kapal terbang..baru turun kapal terus tanya bila lagi nak naik...MasyaALLAH budak ni tgklah bapak mu nih..pucat...
Sabtu, 15 Mei 2010
Ubuntu dan virus
Jumaat, 7 Mei 2010
KELAS MEMANAH
Hari ni persatuan memanah Sandakan mengadakan kursus 3 hari kejurulatihan memanah.
HARI PERTAMA
Seawal pukul 2 kopiahlembik sudah tiba diperkarangn asrama komplek sukan...eh macam lengang jer...tak jadi ker...??? menurut penganjurnya bilang jam 2 petang...tapi tengok macam 3 orang jer yang ada.OOO rupa-rupanya mula pendaftar 2 - 3 petang ..patutlah .......lama lagi ler menunggu...
peserta lebih kurang dalam 58 orang termasuk dari sandakan ,beluran , kinabatangan ,telupid .Hari ni kami ddedahkan dgn peneganalan asas peralatan memanah.dan cara memasang alat memanah .perkataan seperti riser , limb upper dan lower , string , grib , rest,nocking antara istilah peralatan yang kopiah ingat...yang lain masih blurr lagi...tengoklah esok..camana....
HARI KE DUA
salah seorang peserta kursus memasang anak panah....
hari ni kami diminta membuat amalai memasang peralatan....nampaknya macam mudah tapi bila buat payahnyer mak aiii...tapi bila sudah tau teknik...okeylah....tapi tang memanah jauh tersasar...rasa-rasa menembk senjata dalam jarak 200-400 meter lebih mudah dari memanah jarak 10-20 meter.....
Hari ke 3 kursus
Khamis, 6 Mei 2010
AWASSSSS....Anda sedang diperhatiiii....
salam...teringat kopiahlembik bacaan sebuah komik yang agak popular satu masa dulu.......bahawa hidup kita ni tak sunyi dari diintai dan diawasi..sama ada sedar atau tidak...suka atau tidak....begituler lebih kurang......di zaman sekolah.......ketika peperiksaan kita diawasi guru agar tidak ambik kesempatan untuk meniru...pun begitu kawalan dan pengawasan guru dapat juga ditembus bagi mereka yang agak licik....dan rasa bangga bangat bila berjaya ....dan tidak dikesan guru...zaman budak-budak....kekadang tak perasaan pun perbuatan itu...ibarat menipu diri sendiri.....dan bila sifat amanah tiada......
dan kalau awal 90 an dulu..seingatlah kopiahlembik sewaktu dok PJ ...ditiang-tiang trafic Light anatar PJ dan sekitar KL dipasang kamera yang berfungsi menangkap gambar pesalah-pesalah trafik yang tersilap tengok warna lampu mungkin...bila kuning masing-masing memecut....dan walaupun isyarat lampu merah ...masih bergerak ...sebab tiada polis tak kena saman...
tu tak termasuk lagi cctv yang dipasang merata-merata premis....seolah-olah kita ni sentiasa diawasi mata-mata elektroniik....
Disandakan pun...baru-baru ni dah dipasang CCTV disekitar trafic light...mengikut apa yang sahabta bagitau dalam akhbar mengatakan 5 tempat....mmm patutlah kebelakangan nampak pemandu-pemnadunya nampak lebih berhemah.....
Pun begitu sebenarnya sikap dalam diri kita sendiri ......disiplin dan mematuhi peraturan samada diperhatikan atau tidak..kerana sedar atau tidak sedar ..kita sebagai manusia sebenarnya sentiasa di AWASI 24 jam oleh Yang Maha Esa dan malaikat dikiri dan kanan tidak pernah terelelap awaupun satu saat untuk mencatat setiap amalan yang kita lakukan......samada baik atau buruk......
Sabtu, 1 Mei 2010
INGATKAN SCORPENE...
semalam KD sandakan mengadakan pameran kapal perang TLDM....hingga jam 5.00 petang.Pagi tu kopiahlembik ke pameran komputer 2010 didewan masyarakt...bukan nek beli barang tapi just survey je..biasanya kalau kat pameran ni..hari last baru diaorang offer harga gila-gila sikit cam tahun lepaz.
dan petangnya baru nak pergi ke pameran kapal perang Tldm...kebetulan kami tiba awal sekitar 10 pagi dan pameran jam 11.00 baru dibuka.Sementara menunggu kami anak beranak dok tepi benteng laut..dan nampak sebuah kapal di pangkalan TLDM dari jauh setinggi bangunan 3 atau 4 tingkat ....sangkaku tentulah kapal selam yang jadi kebanggaan negara...mak aii besarnya...teruja juga nak pegi tengok maklumlah kat kampung mana ade...
bila petang,baru ade kesempatan nak pigi.....tapi lewat skit...."maaf encik dah tutup"..bilang sekuriti petang tu.....tak per lah tak der rezeki ..kesian dekat anak-anak....so ambik bergambor kat luar jer lah....oopp lupa nak bagitau tu bukan kapal selam tapi KD pahang...
Rabu, 28 April 2010
13163 hari dan PERTANDINGAN TILAWAH
tertrik dengan satu gerai seliaan JAKIM cawangan sabah...yang menawarkan khidmat menukar tarikh miladi kelahiran....dan hasilnya....
tarikh lahir mengikut kalendar Islam:21 Rabiulawal 1397
Hari :hari ahad
Jumlah hidup di Bumi ALLAH TAALA :13163
36
37
rupa-rupanya dah 13163 hari berada dibumi ALLAH ini tak termasuk waktu dalam perut.....YA ALLAH...Jadikan hamba-Mu menjadi manusia yang sentiasa mengingati dan bersyukur pada-Mu...bertapa banyak kurniaan nikmat-Mu yang sudah ku kecapi....
Ahad, 4 April 2010
SANDAKAN , kapal dan aku.....
Kapal nelayan bawa hasil tangkapan.
Tengo...k kapal ni...teringat kopiah lembik...sewaktu berkhidmat disuatu kawasan pendalaman...jaraknya jauuuuuuuuuuh sangat....perjalananya lamaaaaaaaaaaaaaa sangat dan memeneaaaaatkan...walaupun hanya dok berbaring atas kapal....maklumlah seharian....malamnya tidur atas kapal..kadang-kadang atas tong drum...kadang siring kapal...janji boleh lelap mata.....besok sessudah subuh...belayarlah kami...merentas lautan.....muara sungai dan mudik ke hulu sungai....sasmpai-sampai malam.....ader ler berbelas jam.......
Pangkalan Polis Maritim Bersebelahan dgn pasar umum sandakan...
...
Sabtu, 3 April 2010
PANGGILAN ILLAHI
HADIS HARI INI Bila Ajal Telah Tiba |
Hadith : |
Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.” Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745 |
Huraian
Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1615
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
http://arunals.files.wordpress.com/
KISAH HARI INI
pagi tadi isteri bagitau ada panggilan tak berjawab dari Bonda dikampung seawal jam 6 pagi....sebanrnya dah lewat kalau dinegeri sabah nih....hati tiba-tiba berdetik ...ada orang matikah...mungkin ibu saudara..agak-agaknya....tak lama phone berdering lagi....
dan memng betul detikan tadi bila isteri bagitahu yang ibu saudara sudah meninggal dunia.....sesungguh kita milik ALLAH dan kepada NYA kita kembali....Al Fatihah
Jumaat, 2 April 2010
JALAN-JALAN MAKANG ANGING
SURAH AL TAHRIM ayat [6]
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
http://www.alquran-melayu.com/66-at-tahrim/
CATATAN HARI INI
Posted on 16:31
Baru balik dari Rain Forest..ok lah puas hati juga tapi penat sikit banyak berjalan dan memanjat tangga menara....Boleh jadi destinasi tambahan kalau-kalau famili dari semenanjung datang berkunjung ..bole la bawa ke sana....
serba sikit tentang Rain forest Development center ni...Lokasinya dalam 25 km dari bandar Sandakan...Bas rasanya tidak kesana.....sewa kereta la gamaknya...
Anak-anak dah tak sabar nak berangkat..asyik tanya je ..bila jalan ni....
Aktiviti pertama melawat taman tumbuh-tumbuhan.......oh lupa nak bagitau masuk ke sini kena bayor tau bukan percuma tapi murah jer RM 5 seorang dewasa kanak-kanak atas 7 thn RM 2.Dalamnya boleh tengok flora dan fauna, kayuh basikal air , jambatan gantung dan naik menara&jambatan setinggi 80 kaki lebih lebih kurang tinggi pokok balak...
Teka pokok apo nih.....ia digunakan dalam masakan gulai kari....gamaknya lah....kalu nak kenal inilah
Ni lah pokok kayu manis.....
Ni ler tower yg kami naiki pagi tu...tinngi juger setinggi pokok balak...Alia takut nak panjat....mnara in dihubungkan denga menara yang lain dgn jambatan besi yang hampir setinngi pokok balak..
ni pokok balak yang diambil atas jambatan menara....namanya lupa..tapi kalau tak baca statementnya tadi punya sarang lebah terbesar di dunia...
Sebuah pesawat MAS telah melintas sewaktu kami dimenara...sememang ini laluan pesawat komersil...
Rabu, 31 Mac 2010
aku dan KOPIAH lembik
AL TAGHABUN AYAT [15]
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
CATATAN HARI INI
Kredit gambar:http://marinamerona.blogspot.com/2009/07/kopiah-rajutan-tangan.html
kopiahatau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kpd penutup kepala (utk orang lelaki) yg dibuat drpd kain tebal, baldu dsb.Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah.
Ia adalah sunat dan juga merupakan sunnahRasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah dikenakan di dalam lilitan serban, iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah. Oleh kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang meluas yang terdapat di kesemua negara-negara Islam. Dengan ini, pemakaian kopiah adalah berbeza dengan penutup kepala yang lain seperti songkok ,topi dan penutup kepala yang lain yang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.
Mengapa Lembik Tidak yang keras??kopiahlembik selalu ditanya soalan ini...lembik atau keras?bergantung atas citarasa pemakai..bagi kopiahlembik suka yang lembik sebab terasa lebih selesa...mula tertarik dengan kopiah ni bila melihat penampilan ustaz azhar idrus penceramah yang agak glamour tuu.
Teringin juga kopiahlembik nak pakai serban tapi tak reti nak lilit daaa...