Sabtu, 3 April 2010

PANGGILAN ILLAHI

HADIS HARI INI

Bila Ajal Telah Tiba
Hadith :
Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745

Huraian
Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.


http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1615

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


http://arunals.files.wordpress.com/

KISAH HARI INI


pagi tadi isteri bagitau ada panggilan tak berjawab dari Bonda dikampung seawal jam 6 pagi....sebanrnya dah lewat kalau dinegeri sabah nih....hati tiba-tiba berdetik ...ada orang matikah...mungkin ibu saudara..agak-agaknya....tak lama phone berdering lagi....

dan memng betul detikan tadi bila isteri bagitahu yang ibu saudara sudah meninggal dunia.....sesungguh kita milik ALLAH dan kepada NYA kita kembali....Al Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan