Rabu, 31 Mac 2010

aku dan KOPIAH lembik

AYAT HARI INI
AL TAGHABUN AYAT [15]

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.



CATATAN HARI INI


Kredit gambar:http://marinamerona.blogspot.com/2009/07/kopiah-rajutan-tangan.html

kopiahatau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kpd penutup kepala (utk orang lelaki) yg dibuat drpd kain tebal, baldu dsb.Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah.

Ia adalah sunat dan juga merupakan sunnahRasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah dikenakan di dalam lilitan serban, iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah. Oleh kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang meluas yang terdapat di kesemua negara-negara Islam. Dengan ini, pemakaian kopiah adalah berbeza dengan penutup kepala yang lain seperti songkok ,topi dan penutup kepala yang lain yang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.

Mengapa Lembik Tidak yang keras??kopiahlembik selalu ditanya soalan ini...lembik atau keras?bergantung atas citarasa pemakai..bagi kopiahlembik suka yang lembik sebab terasa lebih selesa...mula tertarik dengan kopiah ni bila melihat penampilan ustaz azhar idrus penceramah yang agak glamour tuu.

Teringin juga kopiahlembik nak pakai serban tapi tak reti nak lilit daaa...


1 ulasan:

  1. assalamualaikum

    ada jual kopiah lembik cam uai ke

    kalau ada whatsapp 013-701 6087

    BalasPadam