Rabu, 28 April 2010

13163 hari dan PERTANDINGAN TILAWAH

Semalam berlangsung pertandingan tilawah Al Quran peringkat negeri sabah dan Sandakan jadi tuan rumahnya.Tapi sayangnya lupa pulak bawa handphone..jadi tak dapat klik gambor....

tertrik dengan satu gerai seliaan JAKIM cawangan sabah...yang menawarkan khidmat menukar tarikh miladi kelahiran....dan hasilnya....

tarikh lahir mengikut kalendar Islam:21 Rabiulawal 1397
Hari :hari ahad
Jumlah hidup di Bumi ALLAH TAALA :13163
36
37

rupa-rupanya dah 13163 hari berada dibumi ALLAH ini tak termasuk waktu dalam perut.....YA ALLAH...Jadikan hamba-Mu menjadi manusia yang sentiasa mengingati dan bersyukur pada-Mu...bertapa banyak kurniaan nikmat-Mu yang sudah ku kecapi....

Ahad, 4 April 2010

SANDAKAN , kapal dan aku.....

Salam...kini sandakan atau nama lamanya Elopura kalau tak salah ler...kini dah jauh berubah berbanding 9 tahun dulu tika...mula dipost kenegeri dibawah bayu nih...dulunya area dsini adalah laut kini dah berdiri bangunan-bangunan baru diatas laut yang ditambak...laut dah jadi darat...



Kapal nelayan bawa hasil tangkapan.
Tengo...k kapal ni...teringat kopiah lembik...sewaktu berkhidmat disuatu kawasan pendalaman...jaraknya jauuuuuuuuuuh sangat....perjalananya lamaaaaaaaaaaaaaa sangat dan memeneaaaaatkan...walaupun hanya dok berbaring atas kapal....maklumlah seharian....malamnya tidur atas kapal..kadang-kadang atas tong drum...kadang siring kapal...janji boleh lelap mata.....besok sessudah subuh...belayarlah kami...merentas lautan.....muara sungai dan mudik ke hulu sungai....sasmpai-sampai malam.....ader ler berbelas jam.......

Pangkalan Polis Maritim Bersebelahan dgn pasar umum sandakan...
...

Sabtu, 3 April 2010

PANGGILAN ILLAHI

HADIS HARI INI

Bila Ajal Telah Tiba
Hadith :
Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745

Huraian
Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.


http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1615

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


http://arunals.files.wordpress.com/

KISAH HARI INI


pagi tadi isteri bagitau ada panggilan tak berjawab dari Bonda dikampung seawal jam 6 pagi....sebanrnya dah lewat kalau dinegeri sabah nih....hati tiba-tiba berdetik ...ada orang matikah...mungkin ibu saudara..agak-agaknya....tak lama phone berdering lagi....

dan memng betul detikan tadi bila isteri bagitahu yang ibu saudara sudah meninggal dunia.....sesungguh kita milik ALLAH dan kepada NYA kita kembali....Al Fatihah

Jumaat, 2 April 2010

JALAN-JALAN MAKANG ANGING

AYAT HARI INI
SURAH AL TAHRIM ayat [6]
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


http://www.alquran-melayu.com/66-at-tahrim/

CATATAN HARI INI
Posted on 16:31
Minggu ini Kopiahlembik dapat cuti 4 hari..so ingat pagi ari ni nak bawak famili pegi rain forest kat sepilok...dengar cerita tempat tu menarik untuk beriadah...tengoklah kalau tiada aral .InsyaALLAH Taala.

Baru balik dari Rain Forest..ok lah puas hati juga tapi penat sikit banyak berjalan dan memanjat tangga menara....Boleh jadi destinasi tambahan kalau-kalau famili dari semenanjung datang berkunjung ..bole la bawa ke sana....
serba sikit tentang Rain forest Development center ni...Lokasinya dalam 25 km dari bandar Sandakan...Bas rasanya tidak kesana.....sewa kereta la gamaknya...


Anak-anak dah tak sabar nak berangkat..asyik tanya je ..bila jalan ni....




Aktiviti pertama melawat taman tumbuh-tumbuhan.......oh lupa nak bagitau masuk ke sini kena bayor tau bukan percuma tapi murah jer RM 5 seorang dewasa kanak-kanak atas 7 thn RM 2.Dalamnya boleh tengok flora dan fauna, kayuh basikal air , jambatan gantung dan naik menara&jambatan setinggi 80 kaki lebih lebih kurang tinggi pokok balak...

Teka pokok apo nih.....ia digunakan dalam masakan gulai kari....gamaknya lah....kalu nak kenal inilah
Ni lah pokok kayu manis.....


Ni ler tower yg kami naiki pagi tu...tinngi juger setinggi pokok balak...Alia takut nak panjat....mnara in dihubungkan denga menara yang lain dgn jambatan besi yang hampir setinngi pokok balak..


ni pokok balak yang diambil atas jambatan menara....namanya lupa..tapi kalau tak baca statementnya tadi punya sarang lebah terbesar di dunia...


Sebuah pesawat MAS telah melintas sewaktu kami dimenara...sememang ini laluan pesawat komersil...